Sesungguhnya demam atau demam yang berat adalah sebahagian dari bahan neraka jahannam, maka dinginkanlah ia dengan air".atau dalam hadist yang lainnya
Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:
Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka, kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam.
Tafsiran di sini membawa dua maksud:
- Dari arah luar - mandi atau lap ke tubuh dengan air atau ais
- Dari dalam - minum air
- Demam simtomik - berlaku kerana pembengkakan, aktivit berlebihan, panas matahari atau amarah.
- Demam penyakit, dan dibahagikan lagi kepada tiga:
- Menjangkiti organ tubuh lalu menyebarkan demam
- Demam sehari - kerna aumumnya akan hilang dalam tempoh sehari atau paling lama 3 hari.
- Demam ufniyah, demam jenis ini dibahagikan 4 jenis lagi:
- - Demam kuning
- - Demam Hitam
- - Boutonnese
- - Demam berdarah
“Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: Jangan mencaci demam, kerana Muallij IslamiahThibbun Nabawi sesungguhnya akan menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.
"Demam sehari dapat menghapuskan dosa setahun"
Panduan merawat demam oleh Nabi :
Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda:"Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu fajar."
"Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka, kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam."
"Demam adalah sebahagian daripada pakaian api neraka, maka sejukkanlah dengan air"Daripada hadis Nafi’ bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila salah seorang daripada kalian demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka,hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tidak sembuh cobalah sebanyak 5x, 7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah.
"Rasulullah apabila demam, baginda meminta diambilkan air, kemudian baginda membasuhkan ke kepala dahulu dan barulah mandi"